Thursday, June 20, 2013

Hmmm.

Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca ini, saya Meor Amirul Izwan, saya nak berkongsi cerita, kalau sudi bacalah sampai habis, tapi mungkin ada ayat yang songsanglah, maklumlah saya tak pandai bm ni sangat :)

Sebenarnya saya rindukn arwah mama saya, saya tak tahu dia macam mana kat sana, saya harap dia baik-baik je, sebab dia lah seorang insan yang paling baik yang pernah saya kenal, dia tak kedekut, dia sanggup habis duit semata-mata nak beli kehendak anaknya. Tahun ni tak pernah sekali pun saya menziarahi kuburnya, dah masuk bulan 6 masih belum ziarahi, tak tahu keadaan kubur dia macam mana, kalau saya ada lesen, tiap minggu saya akan pergi, saya terlalu rindu kn dia :')

Rindu senyuman dia, rindu gelak ketawanya, rindu masakannya, rindu belaian kasih sayangnya, rindu pergorbanannya, rindu gelagatnya, rindu segala-galanya, Ya Allah! kenapa awal engkau menarik nyawa nya? saya masih belum sempat untuk meminta maaf daripada nya :') mungkin Allah lebih sayangkn dia dari saya, lindungilah dia di sana Ya Allah! :')

Bulan depan dah puasa, 1 hari sebelum hari puasa, dah genap 3 tahun dia pergi mengikut bulan islam, kalau bulan biasa, 10.8.2011 hari dia meninggal, Ya Allah! rindunyaaaaa :') walaupun ada mama baru, tapi arwah mama yang pertama tetap di hati, tak ada sesiapa boleh menggantikan dia, kalau arwah mama hidup lagi, saya nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, banyak dosa yang saya buat sebelum dia pergi :')

Mama, amirul takkan berhenti sedekahkan Al-Fatihah untuk mama, amirul akan ingat kata-kata mama, amirul akan ingat janji mama, amirul akan berjaya dalam pelajaran, mama aman lah di sana, tunggu amirul di sana :') Amirul sayang sangat kat mama. Normala binti Jamaludin ♡

Sekian, Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Hey , kuatkan hati , sabar , banyakkan berdoa tau :)

    ReplyDelete